TAJUK:
Sejarah penubuhan Masjid Kota Raja dan kegiatan di masjid tersebut.
DISEDIAKAN UNTUK:
Ustaz Abd. Aziz bin Harjin
Pensyarah CTU151
DISEDIAKAN OLEH:
Nur Haslina binti Elyas
No. Matrik:2010203672
Kumpulan:ASD2Cn
PROGRAM:
Diploma Sains Semester 2(2011)
TARIKH HANTAR:
3 Mac 2011
Isi Kandungan:
1.Isi kandungan
2.Abstrak
3.Pendahuluan
4.Maksud masjid
5.Adab berada di masjid
6.Peranan masjid terhadap umat Islam
7.Sejarah Masjid Kota Kuala Muda
8.Aktiviti-aktiviti yang dijalankan di Masjid Kota Kuala Muda
9.Kesimpulan dan Penutup
10.Bibliografi
ABSTRAK
Masjid merupakan rumah ibadah bagi umat Islam dalam mengerjakan solat serta majlis keagamaan yang lain.Masjid atau dengan erti kata lain bermaksud tempat untuk bersujud kepada sang penciptaNya.Konsep terawal masjid adalah tempat untuk beribadah kepada Allah s.w.t..Namun begitu,fungsi dan peranan berubah mengikut peredaran masa.Sejarah kewujudan masjid telah dilihat sejak zaman Rasulullah s.a.w. di mana baginda telah membina masjid pertama iaitu masjid Quba’.Sejarah kewujudan masjid di Malaysia juga telah dilihat sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka lagi dimana ia dijadikan sebagai pusat pembelajaran dan penyebaran ilmu agama.Kesimpulannya,masjid merupakan pembentuk kepada setiap kerohanian dalam diri seseorang umat Islam.Masjid juga merupakan tempat di mana kaum lelaki menunaikan solat Jumaat pada setiap hari Jumaat dan terdapat hukumannya jika mereka meninggalkannya dengan sengaja atau melebihi tiga kali.Setiap masjid terdapat sejarahnya yang tersendiri,begitu juga dengan masjid yang terdapat di kampung saya.Sepertimana yang setiap orang tahu,Islam adalah agama yang universal dan mudah untuk diamalkan tanpa membebankan sesiapa pun.
PENDAHULUAN:
Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh………….
Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan tugasan yang diberi oleh ustaz yang mana tugasan ini ditulis adalah untuk memberikan pengetahuan yang lebih mendalam kepada saya mengenai makna di sebalik masjid yang selama ini digunakan oleh umat Islam sejak zaman Rasulullah S.A.W. lagi.Melalui tugasan ini juga,kita dapat mengatahui pengertian sebenar masjid serta peranannya dalam sesebuah masyarakat.
Tajuk yang akan ditulis oleh saya adalah mengenai sejarah masjid berdekatan kampung saya iaitu Masjid Kota Raja di Kota Kuala Muda,Sungai Petani,Kedah,peranan,aktiviti yang dilakukan oleh masjid tersebut dan sebagainya.
Harapan saya agar masjid ini akan sentiasa diimarahkan dengan suasana atau limpah rahmatNya serta mendapat keberkatan oleh Allah S.W.T. terutamanya umat Islam.Selain itu,semoga kelebihan dan keistimewaan yang ada pada masjid ini boleh dilihat sebagai satu tempat yang boleh mendekatkan kita lagi kepada Allah S.W.T.
Setiap amalan yang baik itu akan mendapat ganjaran yang baik daripada Allah S.W.T.,dan yang buruk juga turut mendapat balasannya.Semoga peranan masjid tersebut digunakan dengan sebaik mungkin.
MAKSUD MASJID:
Perkataan masjid berasal dari bahasa Arab iaitu ‘Masajid’ atau dalam bahasa inggeris iaitu ‘Mosque’.Namun begitu,istilah masjid menurut Sepanyol datangnya dari perkataan nyamuk atau ‘mosquito’.’Mosque’ itu merupakan singkatan daripada ‘mosquito’ dan diguna pakai semasa Perang Salib di Sepanyol pada kurun ke-15 Masihi.Semasa pemerintahan Raja Ferdinand dan Permaisuri Isabella,mereka mengatakan akan menghancurkan rumah ibadat orang Islam seperti menghapuskan nyamuk.Pengertian sebenar masjid adalah berasal dari perkataan Arab iaitu(مَسجِد) dan dimana kata dasarnya juga berasal bahasa Aran iaitu(سَجَدَ) yang membawa maksud bersujud.
"Allah Subhanahu Wa Ta'ala menjanjikan ganjaran yang besar bagi sesiapa yang membangunkan masjid. Rasulullah SAW bersabda : ' Barangsiapa telah membangunkan masjid kerana Allah SWT, maka Allah akan membangunkannya rumah di Jannah ((syurga)."
Sejak zaman permulaan Islam lagi (Rasulullah s.a.w.), kemajuan umat dan gerakan Islam semuanya bermula dari masjid. Masjid telah dijadikan sebagai tempat untuk berkumpul, berbincang dan merancang strategi yang tidak terhad kepada bidang dakwah mlah perdagangan,perundangan, dan penyebaran ilmu, serta pelbagai lagi.
Terdapat beberapa pertikaian mengenai takrif masjid. Ada mereka yang mengistilahkan semua tempat bersolat sebagai masjid. Bagaimanapun, takrif yang biasanya diterima guna adalah bahawa masjid merupakan tempat khas untuk bersolat dan telah digunakan untuk solat Jumaat melebihi tiga kali.
Tempat solat yang tidak mengadakan solat Jumaat lebih dikenali sebagai surau atau musala.
Ada 3 masjid utama yang dimuliakan umat Islam :
1. Masjidil Haram di Makkah
2. Masjid Nabawi di Madinah
3. Masjidil Aqsa di Jurusalem,Palestin.
Di Malaysia, pembahagian tempat beribadat dibahagikan kepada beberapa pecahan iaitu:-
1. Masjid Negara
2. Masjid Negeri
3. Masjid Daerah
4. Masjid Qaryah
5. Surau
ADAB BERADA DI MASJID
*KETIKA MASUK
1.Datang dalam keadaan berwuduk,berpakaian bersih dan memakai bau-bauan.
2.Membuka kasut.
3.Masuk didahului dengan kaki kanan.
4.Membaca doa masuk masjid iaitu:
َاَللَّهُمَّ اْفتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ
Ya Allah!Bukakanlah bagiku pintu rahmat.
5.Memberi salam.
6.Tidak melangkah makmum yang sedang duduk.
7.Memenuhkan saf hadapan yang kosong.
8.Tidak melintas di hadapan orang yang sedang sembahyang.
*SEMASA DI DALAM MASJID:
1.Menunaikan solat Tahiyyatul Masjid.
2.Berniat iktikaf.
3.Jika pengajian agama sedang berjalan,memadai membaca tasbih apabila duduk.
4.Duduk menghadap kiblat.
5.Sentiasa berzikir kepada Allah.
6.Melakukan banyak amal ibadah.
6.Tidak melakukan perkara yang tidak berfaedah.
*KETIKA KELUAR
1.Keluar dengan tenang dan tidak tergopoh gapah.
2.Mendahulukan kaki kiri.
3.Membaca doa keluar masjid,iaitu:
اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِن فَضْلِكَ .
4.Tidak mengganggu ketenteraman jemaah seperti membuat bising atau menyinggung perasaan penduduk sekitar masjid.
5.Berazam untuk datang semula ke masjid.
PERANAN MASJID TERHADAP UMAT ISLAM
Pusat pembangunan Islam
Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat perkembangan dan pembangunan Islam,di mana segala-galanya bermula dan berkembang dari masjid.
Masjid sebagai lambing keagongan Islam
Sebagai lambing keagongan Islam,maka setiap projek Bandar baru,kawasan perumahan,perhotelan dan kompleks perniagaan haruslah dimulakan dengan pembinaan masjid atau jika kawasan itu adalah kawasan lama atau kawasan yang mempunyai seni sejarah maka tempat itu haruslah didirikan masjid untuk menarik lebih ramai umat Islam bertumpu ke tempat itu.
Pusat percambahan ilmu
Masjid haruslah dijadikan tempat perkembangan ilmu,di mana masjid haruslah mempunyai perpustakaan yang lengkap yang membekalkan buku-buku agama,al-Quran,buku berkaitan dengan ibadah,akhlak dan sirah megenai nabi dan Rasul serta sahabat-sahabatnya.Hadis-hadis yang ditulis oleh alim ulama perlulah disediakan untuk dijadikan sumber bacaan umat Islam yang berkunjung ke masjid.
Pusat tamadun Islam
Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat tamadun Islam,dimana umat Islam masa kini dapat merasai roh Islam di zaman kegemilangan dan keagongannya yang boleh dikembalikan dan dikekalkan untuk diwarisi oleh generasi akan dating.Masjid haruslah mempunyai satu ruang yang mencukupi untuk melambangkan keagongan,kemegahan tamadun Islam di zaman lampau terutama sekali dalam pencapaian ilmu perubatan,sains,teknologi,dan sebagainya.
Pusat percambahan fikiran
Masjid haruslah dijadikan sebagai tempat untuk mempercambahkan fikiran dengan adanya dialog,ceramah,seminar,’Islamic discussion dan sebagainya.Kumpulan-kumpulan kecil yang terdiri daripada golongan cerdik pandai mengenai ilmu agama dengan orang yang kurang pengetahuan mengenai ilmu agama bolehlah ditubuhkan di masjid-masjid sebagai tempat untuk mempertingkatkan lagi tahap pemikiran dan menajamkan akal dan minda.
Rumah suci
masjid ialah sebuah tempat suci yang menjadi tunjang kesucian Islam tanpa dinodai oleh anasir-anasir negatif yang bertentangan dengan ajaran Islam yang berlaku bukan sahaja dalam kawasan masjid,tetapi juga dalam mukim atau daerah di mana masjid itu terletak.
Pusat penjagaan ayat suci
Masjid boleh dijadikan tempat untuk menjaga ayat-ayat suci.Rakan masjid sepatutnya didedahkan kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi Imam dan member peluang kepada mereka untuk memperdengarkan suara mereka.Imam daripada masjid itu juga bolehlah menegur kesilapan kepada ahli Rakan masjid dalm membaca al-Quran terutama Tajwid dan Tarannum.Amatlah bertepatan dengan konsep bahawa masjid adalah sebagai penjaga bacaan ayat-ayat suci.
Pusat belajar al-Quran dan tafsirnya
Kebanyakan masjid digunakan sebagai pusat pembelajaran Al-Quran.Amalan ini haruslah diteruskan tetapi ada baiknya jika menambah amalan yang bukan sahaja setakat mengajar Al-Quran ,tetapi juga menerangkan maknanya atau diberi tafsiran Al-Quran kepada mereka supaya membaca sendiri aya-ayat sendiri.
Pusat pendidikan
Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pendidikan di mana anak-anak serta keluarga dapat dididik di masjid.Masjid juga boleh dijadikan sebagai pusat pengukuhan ilmu.
Pusat pengisian jiwa
Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat pengisian dalam erti kata yang luas;iaitu pusat pengisian kemerdekaan,pusat pengisian rohani,pusat pengisian ilmu dan sebagainya.
Pusat pengukuhan iman dan takwa
Masjid haruslah dijadikan pusat pengukuhan iman dan takwa serta pusat pengukuhan rohani.
Pusat pelengkap
Setiap orang kanak-kanak adalah didedahkan dengan pendidikan tidak formal dahulu sebelum ke pendidikan formal.Pendidikan tidak formal di sini bermaksud pendidikan di rumah dan pendidikan formal bermaksud pendidikan di sekolah.Oleh itu,masjid bolehlah dijadikan sebagai pusat pelengkap adab,sopan santun dan sebagainya dan haruslah dilakukan semasa anak-anak masih kecil.
Pusat santapan rohani
Masjid haruslah dijadikan sebagai pusat santapan rohani bagi penduduk-penduduk di sekitar kawasan masjid supaya mereka dapat menghayati kesucian Islam.
Pusat ekonomi
Masjid haruslah diletakkan di dalam satu kawasan yang luas di mana sekelilingnya hendaklah dipenuhi dengan aktiviti ekonomi dan social.Oleh itu,masjid haruslah mempunyai kedai atau koperasi yang menjual beraneka barang untuk keperluan masyarakat.Sumber pendapatan yang diperolehi dapat digunakan untuk tujuan kebajikan.
Pusat pengedaran produk penduduk
Masjid bolehlah dijadikan sebagai salah satu tempat untuk mempromosikan barang-barang yang dikeluarkan oleh penduduk sebagai satu ibadat.Ini kerana,masjid merupakan tempat tumpuan pengunjung terutamanya umat Islam.
SEJARAH PENUBUHAN MASJID KOTA KUALA MUDA
Kota kuala muda,memang mempunyai sejarah tersendiri sejak zaman berzaman lagi dan kegemilangan kesultanan negeri ini yang memerintah ketika itu.
Sungguhpun kini tinggal hanya sebuah pecan kecil sahaja,namun sejarah yang wujud dahulu menggambarkan tentang keagungan yang sukar dilupakan.
Ada peninggalan sejarah yang masih wujud hingga ke hari ini,iaitu masjid yang asas pembinaannya ialah dari kerajaan yang memberi perhatian berat dalam mengembangkan agama islam.
Menurut sejarah,ia adalah sebuah masjid paling tua dipercayai dibina semasa pemerintahan Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid antara tahun 1270-1296 Hijrah(1853-1879M) .
Masjid Kota Kuala Muda atau lebih dikenali sebagai Masjid Kota Raja mempunyai reka bentuk yang unik.Reka bentuknya 2 tingkat diperbuat daripada kayu kayan yang hanya didapati dari hutan berhampiran tapak pembinaan masjid tersebut. Masjid Kota Raja merupakan satu-satunya masjid besar yand terdapat di Pekan Kota Kuala Muda, Sungai Petani, Kedah.
Pertalian sejarah pemerintahan berlanjutan apabila putera sulung Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukarram Shah ibni Almarhum Sultan Zainal Rashid,iaitu Almarhum Sultan Zainal Rashid II ditabalkan memerintah antara tahun 1296-1298 Hijrah(1879-1881M).
Selepas Almarhum mangkat,adindanya Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin bergelar “Yamtuan” ditabalkan sebagai sultan Kedah dan memerintah dari 1 Rabiulawal 1299 Hijrah(21 Januari 1882M).Antara permaisuri Almarhum baginda ialah Puan Sharifah Seha Syed Hassan yang pada ketika itu bersemayam di Istana Teluk Air Batu Lintang di Mukim Simpor.
Di awal pemerintahan Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah dalam tahun 1882M,bangunan kayu Masjid Kota Raja diganti dengan bangunan batu bata dan pasir yang diambil di sungai berhampiran kawasan masjid.
Pembinaannya dijalankan secara bergotong-royong oleh penduduk kampung disitu bermula dengan menjunjung batu bata dan pasir dari sungai dan dibawa naik ke tempat pembinaan masjid.Semangat bersatu-padu penduduk kampung dapat dilihat melalui gotong-royong ini.
Hasil sejarah yang dapat dilihat sehingga ke hari ini ialah “Mimbar” tempat khatib membaca khutbah dan juga “Tongkat Khatib” dapat dilihat tulisan dan ukiran seni yang sangat unik.Tukang yang membuatnya ialah tukang raja yang bergelar ‘Tok Mat Serang’ di Telok Air,Batu Lintang.’Mimbar’ dan ‘Tongkat Khatib’ dibawa dengan perahu ‘Gempang Raja’ melalui Sungai Terus hingga ke Kota Kuala Muda.
Penubuhan pertama Lembaga Kemajuan Jemaah Masjid dibuat pada 17 November 1961 bagi memajukan pentadbirannya.Dalam mesyuarat agung ketiga pada 31 Mac 1967,ketetapan membina masjid baru dengan anggaran RM45000.
Pada 24 Mac 1969,anjung bangunan lama Masjid Kota Raja dirobohkan.Reka bentuknya diusahakan oleh Alyarham Hj. Abdullah Wahab yang ketika itu berkhidmat dengan dengan Jabatan Kerja Raya di Sungai Petani.
Pada tahun 1975-1977,Masjid Kota Kuala Muda mengadakan bangunan Taman Didikan Kanak-kanak(Tadika) yang juga dibawah jagaan Jabatan Agama Islam,Kedah yang digunakan untuk menganjurkan kelas Quran dan Tajwid kepada anak-anak qariah di sekitar kawasan Kota Kuala Muda.
Tidak lama kemudian,Masjid Kota Kuala Muda ditukar nama kepada Masjid Jame’ dengan imamnya yang ditauliahkan oleh Majlis Agama Islam iaitu Hj. Mohd. Yusof Hj. Ismail yang dilantik pada 21 Oktober 1975 hingga sekarang.
AKTIVITI-AKTIVITI YANG DIJALANKAN DI MASJID KOTA KUALA MUDA
*Mengadakan kuliah-kuliah dengan menjemput jemputan dari luar atau guru-guru agama sekitar Pekan Kota.
*Waktu-waktu kuliah adalah seperti kuliah Maghrib diadakan hampir pada setiap hari.
*Kuliah Subuh pada hari Jumaat sahaja yang mencakupi kesemua golongan samada yang tua mahupun muda.
* Selain itu, bersebelahan Masjid Kota Raja terdapat sebuah sekolah tadika yang dinamakan Tadika Kota Kuala Muda yang juga dibawah jagaan Jabatan Agama Islam, Kedah turut menjadi sekolah tadika dibawah kelolaan Masjid Kota Raja. Menariknya, nilai-nilai yang diterapkan di sekolah tadika tersebut adalah berdasarkan dari ajaran agama Islam.
*Pembayaran zakat juga turut diadakan di masjid ini.
*Majlis akad nikah sering dilakukan di masjid ini kerana adanya tok kadi di sini.
*Pada bulan Ramadhan,setiap hari diadakan majlis berbuka puasa dan solat tarawih.
*Pada setiap bulan,akan diadakan gotong-royong oleh penduduk kampung bagi membersihkan kawasan masjid.
*Bacaan yassin akan diadakan setiap malam Jumaat.
KESIMPULAN DAN PENUTUP
Masjid merupakan segala-segalanya bagi umat Islam dalam mencari nilai-nilai Islam dan keutamaan diberi kepada orang yang membangunkan masjid semata-mata untuk mendapat keredhaan Allah,di mana Allah akan membangunkan sebuah rumah di syurga.Dikatakan bahwa firman Allah s.w.t. yang mengatakan:
َأَنَّ الْمَسَاجِدَ ِللهِ فَلاَ تَدْعُوْا مَعَ اللهِ أَحَدًا
Dan sesungguhnya masjid-masjid itu adalah kepunyaan Allah.Maka janganlah kamu menyembah seseorang pun di dalamnya di samping(menyembah) Allah.Maka tidak boleh menisbatkan masjid kepada seseorang makhluk dengan nisbat kepemilikan dan kekhususan,adapun penisbatan masjid dengan nama agar dikenal,maka hal itu tidak apa-apa dan tidak termasuk dalam larangan tersebut;Nabi s.a.w. menisbatkan masjidnya kepada dirinya seperti yang diterangkan di dalam sebuah sabdanya.
BIBLIOGRAFI
*Ustaz Haji Yusof Haji Ismail,Imam Masjid Kota Kuala Muda
*Encik Zakaria bin Mad Syed,penduduk Kampung Keda Tepi Sungai.
*Majalah Semai SMK. Kota Kuala Muda keluaran tahun 2009
*Agbaling.tripod.com/peranan.html
*Maalim.files.wordpress.com/2007/04/adab-di-masjid-dan-di-surau.ppt.